Wednesday, December 16, 2009

Hate

So much frustration that im dealing with right now. So much hate and anger too. I hate myself. I wish im dead.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, October 31, 2009

Do you know what's worth fighting for, when it's not worth dying for? Does it take your breath away and you feel yourself suffocating? YOU'RE IN RUINS

NO

and

YES

Monday, October 26, 2009

oh gabe you took my breath away



Dahla kau hensem

Suara merdu pulak tu

Cukup lengkap wa cakap lu

Oh man! Marry me please. (*_*”)

Thursday, October 22, 2009

Jelas aku masih peduli

Aku tak suka buat entry dalam blog yang begini. Sebab kalau ada sesuatu terjadi dalam persahabatan aku lebih rela mendiamkan diri sahaja. Mengharapkan sahabat itu memahami aku.

Tapi sahabat, kenapa perlu mencipta rasa tidak selesa antara kita sedangkan pada awalnya rasa itu tidak ada langsung terdetik dalam hati ini. jika aku tidak datang pada kau, sila datang pada aku. Kerana aku mungkin terlepas pandang. kita berkawan tanpa syarat. Kata nama sahabat, haruslah aku paham situasi kau, kau paham situasi aku. Aku fikir ini adil bukan.

Aku dah 24. Tiada istilah tidak mahu kawan lagi dalam hidup aku. Come on la.

Atas nama persahabatan, sila kau fahami yang aku masih peduli.

Sunday, October 11, 2009

rayess rumass wawass



this time around raya rumah wawa pulak. gigih aku kena plan elok elok nak pegi sebab hari ni jadual penuh. rasa macam yb. heh.

pagi pukul 10 kena attend mesyuarat penduduk PPRT dekat kerinchi. lepastu pegi breakfast (bukan breakfast dah brunch sebenarnya) dengan en. nizam. then, balik rumah tergesa gesa sebab papa cakap nak pegi rumah ayoh mat, dia buat makan jugak.. aku pulak dah janji dengan wawa nak pegi rumah dia. so, terpaksa aku pilih antara dua. wawa aku sayang kau la so aku pilih rumah kau. haha. lagi pun aku tahu kau buat makanan special untuk aku. iaitu air sirap oren. cis.

plus aku dapat jumpa kawan kawan kj yang haritu tak pegi rumah izzi.

tapi tak boleh stay lama since aku sebenarnya nak kena pegi openohouse rumah kak mizan yang tak jadi sebab dia jatuh longkang. jangan gelak (ya aku dah gelak sebenarya, gila jahat!). kecederaan nya serius juga. kasihan. semoga cepat sembuh kakak ku sayang.

so aku ke arah damansara intan pick up zara and heading to uia to see atun dan mengambil gambar di sekitar uia. jyeah!

sekian repot pada hari ini.

nah tengok gambar2. :D

Saturday, October 10, 2009

bersyukur akhirnya aku lalui saat ini



alhamdullillah. aku rasa sangat seronok, bangga dan sedih jugak.

selepas 4tahun yang memang penuh dengan drama weh, macam macam drama la yang ala-ala arahan rashid sibir tuh, pastu drama yang ade apek belakon pun ada jugak, drama yang macam ahh banyak lah drama.

Akhirnya (Eheyy!! -gaya kak nita) aku kini secara ofisialnya (belasah weh) telah menjadi seorang graduan LLB dari universiti islam antarabangsa. yey kan yey kan. :D

Bangga aku terima ijazah dari KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al- Mu'adzam Shah (ya aku tahu memang panjang),

Masa tengah terima, tuanku tanya aku"where do you come from" aku cakap" sorry tuanku"(sorry as in tak dengar and nak suruh dia repeat bukan sorry sebab sombong tak nak bagitahu) ha. dengan sabar tuanku ulang "where do you come from" sekali lagi aku dengan rendah diri dan sopan santun "sorry tuanku" dengan senyum (aku agak mesti dia rasa macam nak lempang aku, apa ke pekak budak sekor ni) haha "where do you come from nada lembut aiceh. aku pun ooo, im from kelantan tuanku. hahaha. bodoh buat pekak pulak depan tuanku. sorry la tuanku saya nervous la tuanku paham tak. :D

sepanjang majlis tu, tuanku memang sporting habis dan membuatkan majlis jadi lively. boleh tuanku main tarik tarik pulak dengan student. lepas tu time this one student, mortar board dia jatuh. then when she pickd it up, tuanku betulkan mortar board dia and ambik balik scroll and handed back to her. ahh. sporting ah! and and this one guy masa tengah nak mengadap tuanku, rambu mortar board dia macam bergerak sampai kena mata so sambil dia jalan nak mengadap dia betulkan macam menyeksa jiwa raga lah aku tengok brother tuh. and bila dah mengadap tuanku pegang mortar board dia and betulkan elok elok. haha.

oh oh and when one of my favourite lecturer, dr. muzaffar syah mellow receive his PhD, kami semua kat bawah ni memang give him a big of applause la macam nampak brad pitt keluar pentas. then tuanku macam teruja then tuanku suruh dia lambai kat kami yang kat bawah ni sambil tepuk tangan dekat sir. lepas tuh borak hape entah memang lama la jugak, then tuanku tepuk lagi sekali and sir pulak dengan bangga boleh buat scene lawak dia siap turun pentas sambil lambai lambai. hehe.

and and the valedictorian speech by student farmasi pun was awesome. bersemangat gila. aku perasan kakak tu memang bersemangat dari matrik lagi. heh.

dan bila majlis tamat, kami beratur untuk keluar dan bila dah nak dekat sampai pintu kaca keluar aku nampak kak lela lambai lambai panggil aku wahhh aku excited gila famili aku tunggu depan muka pintu. bila keluar aku dihujani dengan bunga bunga dan hadiah dari mereka. :D

but hari tu aku tak dapat nak bergambar sangat dengan kawan kawan semua sebab kena balik awal since mummy dah start sakit kaki sebab pakai heels. heh. and ayoh cik pun dah nak bertolak balik kelantan malam tuh. so aku kena rush untuk lunch dengan famili dan ke studio untuk tangkap gambar. so sorry ye kawan kawan. nanti kita arrange photo shoot before pulangkan robe yeh. :)

hmm. so thats it. and hari itu memang indeed la, it is an unforgettable moment for me. tapi despite all, aku sedih sebab tak dapat nak kongsi hari bersejarah aku dengan adik elyn dan zum. tapi aku tahu semangat mereka ada bersama sama aku hari tu. oh Allah, how i wish they are there with me.







Tuesday, October 6, 2009

asal raya je orang buat makan asal raya je orang buat makan

tajuk di atas kedengaran seperti tidak seronok sahaja. bukan tidak seronok. tapi sebab serooonoookkk sanggaattt jadi saya bersyukur sangat lah ni asal raya je orang buat makan.

open house kali ni dekat rumah izzi so aku decide nak pergi since dah lama aku tak nampak batang hidung kawan kawan sekolah aku zaman hingusan ini. best jugak boleh korek rahsia siapa dah ada boyfriend- topik utama yang mana aku paling malas betul la dengan soalan ni tapi bila mengacau kawan kawan aku aku nombor satu hehe, macam mana kerja (topik kurang hangat), haaa dan ini topik wajib setiap kali berjumpa-topik bertanya khabar tentang kawan baik ema, sue, orissa dan sewaktu dengannya hahahaha, si dut yang tak nak kawan dengan kita semua (tak tahu kenapa asal kitorang call je dia tak nak angkat la, salah number la, ada kerja la) tak nak kawan ke? gila rasa macam budak budak tak nak kawan nih. gila lawak. ingatkan pada diri sendiri kita dah 24 oke. 24!



anyhoo, masa sampai rumah izzi kitorang konfius sebab gate tutup so macam tak sure betul ke izzi buat open house ke close house ke hape. pastu tiba tiba nampak izzi datang bukak gate. hehe. jadi tidak syak lagi. hehe.

masuk dalam salam salam senyum senyum terus amik makanan dengan muka tak malu (kitorang rasmi dulu sphagetti tuh) :D izzi pulak host yang sangat prihatin jadi dia bawakkan terus sphagetti dalam bowl yang besar berserta kuahnya untuk kami tambah. oh how thoughtfull. haha. plak tu orissa dengan selambanye suruh izzi pergi amikkan nasi impit dengan kuah kacang. pastu izzi bawak jugak biskut biskut raya. so kitorang yang perempuan ni duduk dan makan dan bersembang. bagus. lelaki pulak yang rajin bangun masuk keluar masuk keluar hidang kat kitorang yang berat buntut ni. haha. takpe takpe buli tuan rumah.



lama jugak la lepak rumah izzi dekat 4jam jugak aku duduk bersimpuh macam perempuan melayu mustahil yang terakhir ni sebab pakai kain so kena la bersimpuh takkan nak bersila pulak koyak la kain. aduh lenguh lenguh kaki aku.

ok ni bukti kami semua perempuan yang rajin dan pengemas orangnya. terima kasih.

pastu datang kawan izzi buat majik plak dekat kitorang ni. macam jakun sangat teruja padahal majik tu aku boleh tahu bila tengok axn - breaking the magician code tu. tapi saja nak jakun so teruja. haha.


dah agak macam lama gila beraya rumah orang tu kitorang pun beransur pulih eh tak beransur balik. bai!



p/s yang panjang:

oh tidak sabar menunggu rumah terbuka yang seterusnya pula.

haa, tadi baru dapat text dari wawa... jap nak bukak inbox.. ok

msg wawa:

salam kwn2..slmt ari raye..maaf zahir & batin.. jemput dtg umh 11oct09..ahad..1pm-5pm..mkn2 time ;)

nasib baik buat ari ahad kalau sabtu i tak dapat pegi lerr..

hoyeayh! makan lagi! :D

 
template by suckmylolly.com